Selamat datang ke Portal Jabatan Kerja Raya Selangor.
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang JKR Selangor, maklumat organisasi dan juga membuat aduan secara online. Jika anda merupakan kakitangan JKR Selangor, anda boleh mendaftarkan diri anda untuk mengemaskini ruangan Bahagian/Cawangan/Daerah anda.
Portal ini dikemaskini dari masa ke semasa, jadi pastikan anda sentiasa mengunjungi kami untuk mengetahui perkembangan terbaru di JKR Selangor.
Unit ICT JKR Selangor
Tajuk: Kursus 'Commercial Administration of Engineering and Construction Contracts'
Tempat: Agrotek Garden Resort, Ulu Langat, Selangor
Kursus ini adalah lanjutan daripada Kursus Pengurusan Kontrak yang lepas bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kebolehan pegawai-pegawai JKR Selangor dalam pengurusan kontrak projek-projek pembinaan. Sebarang pertanyaan boleh dibuat di nombor 03-55447522.
JKR Kuala Langat, Khamis, 14 Ogos 2008:
Kelab Sukan JKR Kuala Langat telah diamanahkan untuk mengelolakan Kejohanan Badminton JKR Selangor 2008. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan keputusan telah dicapai untuk melaksanakan program berkenaan.
Kejohanan akan diadakan pada 30 Ogos, 2008 bersamaan hari Sabtu. Penyertaan adalah dari JKR setiap daerah di Negeri Selangor dan juga Ibu Pejabat, Shah Alam.
Dua lokasi telah dipilih untuk kejohanan tersebut iaitu Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Dewan Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES). Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah akan diadakan di Dewan ILP.
Bagi memenuhi permintaan daerah-daerah, kejohanan ini akan diadakan secara liga 3 kumpulan. Peringkat separuh akhir pula secara kalah mati.
Pengerusi kejohanan adalah Encik Khairul Anuar Mohamad sementara Penyelaras adalah Encik Ahmad Baharom Hj Md Shamsudin. Kejohanan ini adalah acara berpasukan dengan semua game adalah bergu iaitu 1 Bergu Pegawai (Kimpulan A dan B), 2 bergu Terbuka, 1 bergu veteran dan 1 bergu wanita. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan dengan Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat akan menerima wang tunai dan trofi. Sementara semua pasukan yang mengambil bahagian akan menerima cenderahati penyertaan.
Penganjur menjemput semua Pegawai JKR Ibu Pejabat dan Daerah-daerah untuk memeriahkan kejohanan.
JKR Kuala Langat, Khamis, 14 Ogos 2008:
JKR Kuala Langat telah dipilih oleh JKR Selangor untuk calon Penganugerahan Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) 2008. Panel Penilai telah sampai ke pejabat JKR Kuala Langat tepat jam 9.00 pagi dianggotai seramai 16 orang diketuai oleh Tuan Hj Abd Malik bin Hj Mohd Amin dari SUK. Selepas sarapan pagi, semua panel dijemput ke majlis taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat A.
Taklimat ringkas tersebut telah disampaikan oleh Encik Ahmad Baharom Hj Md Shamsudin. Setelah Pengerusi Panel memberi penerangan berkaitan penghakiman dan memperkenalkan ahli panel, mereka terus berpecah kepada 5 kumpulan untuk membuat semakan dan permarkahan. Penilaian telah berlangsung sehingga jam 1.00 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
Pada dasarnya ahli panel berpuas hati dengan prestasi JKR Kuala Langat. Bagaimana pun, keputusan hanya akan diumumkan di hujung tahun nanti. JKR Kuala Langat berharap keputusan penghakiman ini adalah positif untuk terus meransang motivasi pegawai dan kakitangan.