PORTAL WEB RASMI JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR 2010

Selamat datang ke Portal Jabatan Kerja Raya Selangor.

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang JKR Selangor, maklumat organisasi dan juga membuat aduan secara online. Jika anda merupakan kakitangan JKR Selangor, anda boleh mendaftarkan diri anda untuk mengemaskini ruangan Bahagian/Cawangan/Daerah anda.

Portal ini dikemaskini dari masa ke semasa, jadi pastikan anda sentiasa mengunjungi kami untuk mengetahui perkembangan terbaru di JKR Selangor.


Perarakan Maulidur Rasul 1431 Hijrah

 

 

 

JKR Selangor telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul tahun 2010 / 1431 Hijrah peringkat Negeri Selangor yang bertempat di Stadium Malawati Shah Alam pada hari Jumaat, 26hb Februari 2010. Setinggi tahniah diucapkan kepada kumpulan JKR Selangor yang telah mendapat tempat ke-2 acara keseluruhan.

>>Galeri Foto


Program Lawatan 5S ke JKR Negeri Kelantan

 

 

 

 

Pada hari Isnin 8hb Februari 2010, Bahagian Korporat JKR Selangor telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke JKR Negeri Kelantan sempena kempen pembudayaan 5S di JKR Selangor. Lawatan ini turut disertai oleh sejumlah pegawai yang terpilih daripada pejabat-pejabat bahagian JKR Selangor.

>>Galeri Foto


Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)

 

 

 

 

JKR Selangor telah menyertai Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Badan Pengaduan Awam bertempat di Dewan Awam MBSA Subang Utama, Shah Alam pada hari Ahad, 17hb Januari 2010.

>>Galeri Foto


Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti JKR Selangor

 

 

 

 

Pada hari Rabu, 13hb Januari 2010, JKR Selangor telah diaudit oleh SIRIM Berhad bagi pensijilan semula Sistem Pengurusan Kualiti dari MS-ISO 9001:2000 ke MS-ISO 9001:2008. Audit berkenaan telah berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada hari Jumaat, 15hb Januari 2010.

>>Galeri Foto